عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ
الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya
kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang
soleh mendoakan untuknya.[1][1]
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ
الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي
يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah
meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang
berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan
selepasnya.” [1][2]
1) SODAQOH JARIAH
Perkara
pertama yang disebutkan dalam hadis pertama ialah sedekah jariah iaitu sedekah
yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Semasa hidup
di dunia si mati melakukan amalan tertentu yang dia tetap memperolehi pahala
walaupun dia telah meninggal dunia seperti mendirikan masjid, sekolah dan
menggali telaga. Begitu juga amalan-amalan lain yang terus menerus mendatangkan
manfaat kepada orang lain seperti membina hospital, membina jambatan,
mewakafkan buku-buku agama dan sebagainya.
Generosity
is giving more than you can and pride is taking less than you need.
Kedermawanan
adalah memberi lebih banyak daripada yang kau bisa dan kebanggaan mengambil
kurang dari yang engkau butuhkan.
2) ILMU YANG DIMANFAATKAN
Ilmu
yang bermanfaat yang ia ajarkan kepada orang lain akan terus mengalirkan pahala
baginya walaupun ia telah meninggal, sebagaimana dalam hadits di atas. Selain
hadits di atas, Rasulullah n juga menjelaskan:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى
كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ
أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang
berdakwah kepada petunjuk (kebaikan) maka dia mendapatkan pahala seperti pahala
yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (HR. Muslim
dari Abu Hurairah z)
Beliau n juga bersabda:
إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya
amalan-amalan itu dikira dengan niat dan setiap orang memperolehi apa yang dia
niatkan.”[2][3] (al-Bukhari, no: 1)
PERLU DIKETAHUI
A help in sincerity is not a hope repay
Pertolongan yang tulus tidak akan mengharapakan imbalan kembali.
Pertolongan yang tulus tidak akan mengharapakan imbalan kembali.
Dan niat itu harus
ditujukan semata untuk Allah, ikhlas karena mengharapkan wajah-Nya yang Mulia.
Ibadah tanpa keikhlasan niat maka tertolak sebagaimana bila ibadah itu
tidak sejalan dengan tuntunan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.
Allah ta`ala berfirman tentang ikhlas dalam ibadah ini :
Dan tidaklah mereka diperintah kecuali untuk beribadah kepada
Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama bagi-Nya. (Al Bayyinah : 5)
3) DOA ANAK YANG SHOLEH
Perkara ketiga yang disebutkan oleh hadis ialah anak si mati yang
soleh yang mendoakan untuknya. Si mati mendidik anaknya dengan didikan Islam
dan akhlak mulia sehingga dia membesar dalam ketaatan kepada Allah dan berbakti
kepada ibu bapanya. Apa yang diajarkan oleh si bapa itulah yang diamalkan dan
menjadi amalan si anak. Ini menyambungkan lagi suratan amalan si mati. Setiap
amalan soleh yang dilakukan anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya
yang mendidiknya. Oleh kerana usaha mendidik dan membesarkan anaknya, ibu bapa
akan terus mendapat pahala selepas meninggal dunia. Anak tidak perlu meniatkan apa-apa pahala
untuk ibu bapanya kerana amalannya itu akan dikira sebagai dalam catatannya dan
tidak disyariatkan pula menghadiahkan pahala untuk si mati. Tambahan pula,
terdapat hadis yang menyokong perkara ini:
عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ
وَلَدُ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِه
Diriwayatkan daripada ‘Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bahawa
baginda bersabda: “Anak seseorang itu termasuk dalam usahanya.”[3][5]
*Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang
anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu
yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa
untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
CONCLUSION IS..
Dream as if you'll live forever, live life as if
you will die today.
Bermimpilah seperti jika anda akan hidup
selamanya, jalani hidup seperti jika anda akan mati hari ini.
mohon copy hadisnya,terima kasih.
BalasHapusTerima kasih saudara atas perkongsian ilmu. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga.
BalasHapusIni sangat bermanfaat trimakasih
BalasHapusIzin copas sungguh bermanfaat Syukron
BalasHapusIzin copas sungguh bermanfaat Syukron
BalasHapusEmperor Casino: 500% Welcome Bonus! - Shootercasino
BalasHapusWelcome Bonus: 500% Welcome Bonus! You'll find out all about the newest casino in the Empire Casino. Read our review 제왕카지노 롤링 to get more.
Seminole Hard Rock Hotel Casino & Spa, Fort Lauderdale
BalasHapusHotel Review · Seminole Hard Rock 경상남도 출장안마 Hotel Casino & 영주 출장안마 Spa, Fort Lauderdale, FL. 문경 출장안마 Find reviews, 보령 출장샵 hours, 영천 출장샵 directions, phone numbers,